• 7 minutes ago
Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan sektor keterjaminan makanan termasuk pengurusan empangan bagi menghadapi kemungkinan cuaca panas dan fenomena El Nino bagi memastikan bekalan asas negara kekal terjamin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan sektor keterjaminan makanan termasuk pengurusan empangan dalam berdepan fenomena Al-Ninio bagi memastikan bekalan asas negara kekal
00:11terjamin.
00:12Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu berkata, ia termasuk penyimpanan stok ikan sejuk beku secara besar-besaran
00:20oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan syarikat swasta bagi memastikan bekalan protein mencukupi.
00:26Menurut beliau, fokus utama ketika ini adalah penyelarasan di peringkat kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan rantaian pengeluaran makanan kekal
00:36mampan sepanjang tempoh cuaca kering itu.
00:39Persediaan itu turut melibatkan penyelarasan jadual penanaman padi yang akan dilaksana dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
00:47MADA dan Agrobank jika berlaku bencana akibat cuaca ekstrim.
00:52Beliau berkata, kementerian bersama agensi berkaitan turut melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan langkah persediaan dan tindakan susulan dapat diselaraskan dengan
01:00teratur apabila diperlukan.

Recommended