• 4 minutes ago
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk mengekalkan rizab negeri pada paras antara RM3.5 bilion hingga RM4.5 bilion bagi memastikan kedudukan kewangan kekal stabil, selain memberi ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Selangor menyasarkan untuk mengekalkan Rizab Negeri pada paras antara 3.5 bilion ringgit hingga 4.5 bilion ringgit bagi
00:09memastikan kedudukan kewangan kekal stabil, selain memberi ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat.
00:17Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata sehingga 14 September lalu, Rizab Negeri adalah sebanyak 5.18 bilion ringgit. Namun
00:27jumlah itu dijangka berkurangan susulan beberapa komitmen kewangan dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan Negeri.
00:35Menurutnya, berdasarkan komitmen berkenaan, Rizab Negeri dijangka tidak akan melebihi 5 bilion ringgit. Beliau berkata Rizab Negeri Selangor tidak boleh
00:43terlalu tinggi maupun terlalu rendah sehingga 1.8 bilion ringgit atau 2.1 bilion ringgit.
00:51Amiruddin berkata perkara itu akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN bagi membolehkan pendekatan pengurusan Rizab Negeri diteliti.
01:02Beliau berkata sebahagian daripada Rizab yang tersedia boleh digunakan untuk melaksanakan perbelanjaan dan inisiatif bersesuaian. Ia termasuk memastikan pentadbiran negeri
01:11serta penyesuaian terhadap perubahan semasa dapat memberi kesan positif kepada rakyat.
01:16Dalam pembentangan belanjawan lalu, Amiruddin menjelaskan Rizab Semasa Negeri terdiri daripada akaun hasil disatukan berjumlah 1.71 bilion ringgit dan
01:27akaun amanah disatukan sebanyak 3.41 bilion ringgit.
01:32Selain itu, beliau berkata kutipan hasil negeri turut meningkat, mencecah 2.956 bilion ringgit setakat 11 November lalu, mengatasi sasaran
01:41ditetapkan bagi keseluruhan tahun ini.

Recommended