00:00Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung merombak barisan kepimpinan dasar luar dan keselamatan negara
00:05menerusi rombakan kabinet berskala sederhana pada Isnin bagi mempercepat pelaksanaan dasar lapor Zinhua.
00:12Menurut Pejabat Presiden Blue House, bekas Menteri Kehiman Kang Kum Sil
00:16dicalonkan untuk mengetuai perkhidmatan perisikan negara NIS.
00:21Sekiranya pelantikannya disahkan, beliau akan menjadi wanita pertama menerajui NIS
00:26sejak agensi pendahulunya, agensi perisikan Pusat Korea ditubuhkan.
00:31Timbalan penasihat keselamatan negara kepada Presiden Lim Bung Sun dipilih sebagai Menteri Luar Negeri.
00:37Manakala bekas setiausaha kanan Presiden bagi hal ehwal politik Hong Yip-pyo
00:41dicalonkan sebagai Menteri Penyatuan.
00:44Han Jun-ho, anggota parlimen daripada Parti Demokratik yang memerintah
00:48dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan.
00:51Manakala Ketua Jurucakap Pejabat Presiden Kang Yu-jung
00:54dicalonkan sebagai Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan.
00:58Ketua Staf Presiden Lim Kuang Yun pada mesin dan media berkata,
01:02rombakan itu bertujuan menyuntik nafas baru dalam pentadbiran negara
01:06menerusi kepimpinan baru yang berpandangan jauh
01:09selain mempercepat pelaksanaan dasar dan menghasilkan pencapaian nyata untuk rakyat.
01:14Kesemua lima calon perlu menjalani sesi pendengaran pengesahan di Parlimen
01:18sebelum dilantik secara rasmi.