00:00Gangguan bekalan elektrik berskala besar yang berulang di pantai timur Sabah memperlihatkan keperluan mendesak untuk melengkapkan rangkaian grid elektrik negeri
00:09menerusi projek Sabah Southern Madani Link atau SSML.
00:13Projek yang menghubungkan Mengalong, Sepitang hingga Ketawau itu menjadi laluan alternatif penyaluran elektrik dari pantai barat ke pantai timur dan
00:25sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada rangkaian transmisi East-West Link sedia ada.
00:31Bagaimanapun pelaksanaan projek itu belum lengkap apabila FASA 1B yang membabitkan anggaran peruntukan RM1.4 bilion masih belum mendapat keputusan
00:41Kerajaan Persekutuan.
00:44Setiausaha Agong Gabungan Rakyat Sabah GRS, Datuk Armisan Muhammad Ali berkata, gangguan bekalan elektrik yang berulang termasuk insiden terbaru yang
00:53menjejaskan 8 daerah di pantai timur Sabah membuktikan keperluan menyediakan sistem sokongan bagi menghadapi risiko bencana alam.
01:01Ujarnya pelaksanaan FASA 1A sepanjang 60km dari Mengalong ke Apa Padas, Tenom sudah dimulakan pada September 2025 menerusi pinjaman mudah
01:14RM198 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Elektrik Siti.
01:20Itu hanya FASA 1A yang melibatkan jarak 60km daripada Megalong Sipitang sampai ke Apa Padas.
01:29Tetapi untuk FASA 1B belum ada keputusan.
01:34Ini adalah sambungan yang amat kritikal daripada kawasan Apa Padas sampailah ketawau.
01:40Tapi dia bajet lebih besar, dianggarkan kira-kira RM1.4 bilion diperlukan.
01:48Jadi belum ada keputusan daripada Kerajaan Persekutuan.
01:52Jadi kita harap melihat kepada kekerapan insiden ini berlaku, saya fikir kita tidak perlu, tidak wajar untuk tunggu lagi.
02:02Siapnya 1A baru buat 1B. Ia perlu segera diputuskan.
02:07Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program jualan Rahmah Madani di tapak tamu desa kampung budaya Pasir Putih Tawau
02:17pada Ahad.