00:00Air sisa yang dirawat dengan sempurna bukan sahaja dapat mengurangkan risiko percemaran, malah berpotensi dimanfaatkan semula bagi menyokong pengurusan sumber
00:10yang lebih lestari.
00:11Sejajar dengan usaha itu, sambutan Hari Pembentungan Negara 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Agensi di bawah Kementerian Peralihan
00:22Tenaga dan Transformasi Air Petra buat julung kali bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan sektor pembentungan termasuk peranannya dalam memelihara
00:33alam sekitar dan sumber air negara.
00:37Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Insinia alias Muhammad berkata, sektor pembentungan kini mempunyai potensi yang berkembang melangkaui fungsi rawatan air
00:50sisa termasuk menerusi penghasilan sumber baharu yang mempunyai nilai ekonomi.
00:55Antara potensi yang boleh diteroka termasuk penggunaan air pulih guna bagi tujuan yang bersesuaian, penghasilan biosolid untuk kegunaan yang dibenarkan
01:06serta pemanfaatan biogas sebagai sumber tenaga.
01:10Air sisa terawat dan produk sampingan rawatan kumbahan berpotensi dimanfaatkan sebagai sumber baharu yang mempunyai nilai ekonomi, antaranya termasuk penggunaan
01:23air pulih guna bagi tujuan yang bersesuaian, penghasilan biosolid untuk kegunaan yang dibenarkan serta manfaat biogas sebagai sumber tenaga.
01:35Dalam masa sama, masyarakat turut digesa menggunakan sistem pembentungan secara bertanggungjawab termasuk mengelakkan pembuangan minyak masak terpakai, lampin dan sisa
01:46pepejal ke dalam tandas yang boleh menyebabkan saluran tersumbat serta gangguan operasi.
01:52Sementara itu bagi pengunjung Nur Fasihah Rusli, sambutan Hari Pembentungan Negara 2026 memberi peluang untuk memahami proses pengurusan air sisa
02:02yang selama ini kurang diketahui masyarakat.
02:06Seronoklah kat sini sebab dapat manfaat lain lagi sebab kita sebelum ni macam logi tu pengetahuan dia macam sikit je
02:15kan kita tahu logi proses air sisa kumbahan sahaja tapi kita tak tahu macam mana proses, mana pergi sisa tu,
02:23macam mana dia orang proses benda tu.
02:26Jadi kat sini apa yang kita dapat dia orang dah tunjuk secara langsung macam mana proses sisa kumbahan tu diproses.
02:36Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Pembentungan Negara 2026 yang bertemakan Pembentungan Lestari Kehidupan Sejahtera di Kuala Lumpur
02:45pada Ahad.
02:46Acara itu mengetengahkan pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif untuk mendekatkan masyarakat dengan sektor pembentungan.