Pemain sayap prolifik, Faisal Halim akui ralat apabila Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) lambat buat tawaran kontrak baharu selepas pemain berusia 22 tahun itu sudah menandatangani kontrak dengan pasukan baru musim depan.
Sejak bersama Pahang pada 2016, Faisal mencipta nama dengan keseluruhan 55 penampilan dan meledak enam gol dan turur dipanggil mewakili negara tahun lalu.
Lima tawaran sudah diterimanya, antaranya Pulau Pinang yang akan bersaing dalam Liga Super 2021.
Bagaimanapun, pemain ini masih belum sedia dedahkan pasukan baharunya musim depan.
Comments