Kenyataan Pas yang yakin mampu menjadi 'King Maker' pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti disifatkan satu pendekatan yang berbahaya kerana dilihat cenderung bersifat ugutan.
Jelas Presiden Parti Keadilan (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya rakyat boleh menilai sendiri sifat Parti Islam Semalaysia itu dalam keadaan mereka adalah sebahagian daripada kerajaan yang memerintah.