Seramai 15,751 nama individu tersenarai di pangkalan data kemiskinan nasional e-Kasih, Sarawak diminta menuntut insentif khas yang disediakan kerajaan melalui Program Kasih Suri Keluarga Malaysia (KSKM).
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tuntutan boleh dilakukan di semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) negeri itu.