• 2 years ago
Pakistan menembak jatuh 12 dron dari India yang didakwa menceroboh ruang udaranya pada Khamis, sehari selepas serangan India ke negara itu yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang awam terkorban dan 46 lagi cedera.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakistan menembak jatuh 12 drone dari India yang menceroboh ruang udaranya pada hari Kamis, sehari selepas serangan India ke negara itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang awam terkorban dan 46 lagi cedera.
00:15India menghantar drone Harap Israel ke pelbagai lokasi termasuk dua bandar terbesar Karachi dan Lahore dan serpihannya sedang dikumpulkan, kata Jurucat Tentera Pakistan Ahmad Syahrir Chaudhry.
00:27Video dari NGO Pakistan Edi Foundation pada Kamis menunjukkan penduduk tempatan dan polis berkumpul di kawasan rumah yang rosak dan serpihan di tapak di mana drone telah dipintas di kawasan kediaman berhampiran Karachi.
00:43Tiada korban dilaporkan setakat ini, kata pihak berkuasa, ketika ketegangan meningkat antara negara jiran yang mempunyai senjata nuklear.
00:52India mendakwa telah menyerang infrastruktur pengganas di Pakistan pada awal pagi Rabu, dua minggu selepas ia menuduh negara itu terlibat dalam serangan di Kashmir, India yang mengorbankan 26 orang, kebanyakannya pelancong.
01:08Sementara itu, Islam Ahmad telah menafikan tuduhan itu dan berjanji untuk membalas serangan peluru berpandu.
01:15Pakistan turut mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat India.
01:20Kedutaan India di Beijing menyifatkan, laporan pesawat pejuang ditembak jatuh sebagai maklumat tidak tepat.
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended