• 2 years ago
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menyatakan kebimbangan serius terhadap laporan rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza ke kawasan kecil di selatan wilayah itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peseruh jaya tinggi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Volker Turk menyatakan kebimbangan serius terhadap laporan rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza ke kawasan kecil di selatan wilayah itu.
00:16Beliau berkata, ancaman oleh pegawai Israel untuk mengusir rakyat Palestine keluar dari Gaza semakin menimbulkan kebimbangan bahawa tindakan Israel untuk bertujuan mewujudkan keadaan hidup yang semakin tidak sesuai untuk kelangsungan rakyat Palestine sebagai satu kumpulan di Gaza.
00:34Truk menegaskan tiada sebab untuk mempercayai bahawa pendekatan ketenteraan yang digandakan yang sejak satu tahun lapan bulan lalu gagal menghasilkan penyelesaian berkekalan termasuk pembebasan semua tebusan akan berjaya kali ini.
00:50Beliau berkata peluasan serangan di Gaza hampir pasti akan menyebabkan lebih ramai pelarian, kematian dan kecederaan terhadap orang awam yang tidak berdosa serta kemusnahan infrastruktur yang masih berbaki di wilayah itu.
01:03Katanya sebarang penggunaan kebuluran terhadap penduduk awam sebagai kaedah peperangan merupakan satu jenayah perang.
01:10Tegas beliau satu-satunya penyelesaian berkekalan kepada krisis ini adalah dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa termasuk seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ dalam pendapat nasihat 2024 dan perintahnya mengenai langkah sementara.

Recommended