• 2 years ago
Malaysia menyeru India dan Pakistan untuk meredakan ketegangan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak sebarang krisis yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Selatan.

Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Khamis, Malaysia menggesa kedua-dua pihak kekal bertenang supaya dapat mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ini adalah reaksi Wismaputra yang mana Malaysia menyuruh India dan Pakistan meredakan ketegangan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak sebarang krisis yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Selatan.
00:13Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Khamis, Malaysia menggesa kedua-dua pihak kekal bertenang supaya dapat mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.
00:23Penyataan itu berkata diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan konflik yang lebih buruk.
00:31Malaysia menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden serangan di Pelgam pada 22 April lalu selaras dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
00:44Malaysia turut menzahirkan sokongan terhadap segala usaha kearah meredakan ketegangan serta dialog yang bermakna antara India dan Pakistan demi keselamatan serantau.

Recommended