00:00Setiap titisan air itu berharga, ia harus dijaga dan jangan dibazir.
00:06Kempen bijak air madani yang dilancarkan pada Khamis bertujuan memupuk amalan penggunaan air secara berhemat dalam kalangan rakyat.
00:13Timbalah Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof memberitahu, anjakan budaya itu diharap dapat menjamin sumber air negara.
00:20Tegas Fadilah selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Petra, Malaysia meskipun menikmati kadar hujan tinggi, turut terkesan dengan perubahan iklim sehingga mengugat sumber air.
00:36Kempen bijak air madani yang kita lancarkan hari ini berdiri seiring dengan pelbagai inisiatif serantau dan global yang turut mengangkat agenda pemuliharaan air dan keterjaminan sumber air.
00:49Dari kempen Every Drop Counts di Singapura ke program Water for Life di Eropah dan gerakan UN Water Action Decade di peringkat antarabangsa, dunia sedang bersatu untuk menangani krisis air global.
01:09Dan hari ini, Malaysia meletakkan satu permulaan bahawa kita juga serius dan committed terhadap perjuangan ini.
01:17Kempen bijak air madani dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara meletakkan setiap individu sebagai ejen perubahan.
01:26Menjadikan isu air sebagai tanggungjawab bersama sekaligus memperkukuh peranan rakyat dan memastikan kelestarian sumber air negara.
01:33Selain advokasi, Petra sedang giat memperkukuh penguatkuasaan terhadap percemaran sumber air termasuk memindah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan memperluas sistem pemantauan di lokasi strategik.
01:44Terima kasih.
01:45Terima kasih.