• 2 years ago
Football Australia (FA) pada Khamis mengumumkan James Johnson telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selepas lebih lima tahun memegang jawatan itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Badan Induk Bola Sepa Australia James Johnson telah meletak jawatan.
00:05Football Australia FA pada Khamis mengumumkan Johnson meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selepas lebih 5 tahun memegang jawatan itu.
00:17Dalam satu kenyataan, Johnson menyifatkan tugas memimpin Badan Induk itu sebagai satu keistimewaan.
00:24Johnson menyertai FA sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2020 selepas berkhidmat dengan Konfederasi Bola Sepa Asia AFC, Bersekutuan Bola Sepa Antarabangsa FIFA dan City Football Group.
00:37Sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan FA, Johnson mengetuai usaha Australia yang berjaya menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia Wanita FIFA 2023 bersama New Zealand, serta menjadi tuan rumah Piala Asia Wanita AFC 2026.
00:51Perletakan jawatan beliau dibuat ketika FA sedang dalam proses melantik Ketua Jurulatih Tetap Baharu, Skuad Kebangsaan Wanita.

Recommended