Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian menegaskan kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan penting dalam menyelesaikan konflik manusia-gajah melalui pelindungan habitat dan pembangunan koridor ekologi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, usaha menyelesaikan konflik antara manusia dan gajah di Malaysia secara berkesan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
00:09Hal ini kerana habitat utama hidupan liar terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam satu kenyataan pada selasa.
00:19Kementerian menegaskan bahawa pemeliharaan habitat gajah dan jaminan pergerakan selamat berhentasi kawasan hutan, memerlukan pembangunan koridor ekologi dan kawasan perlindungan khas.
00:32Selain itu, Menteri Nik Nazmi Di Ahmad berkata langkah itu juga memerlukan perancangan guna tanah yang terkoordinasi melibatkan semua peringkat kerajaan dan pihak berkepentingan.
00:43Nik Nazmi merdekaskan bahawa pemeliharaan gajah tidak boleh bergantung semata-mata kepada sokongan kewangan dan teknikal.
00:51Beliau turut menyeru pemilik ladang, komuniti setempat, pengguna jalan raya dan pelaksana projek agar memainkan peranak aktif dalam memelihara keseimbangan ekologi negara.
01:00Pada 11 Mei, kematian seekor anak gajah akibat dilanggar sebuah lori sepuluh tan yang membawa muatan ayam di lebuh raya Timur Barat berhampiran Sepadan Gerik, Perak Jeli, Kelantan telah mencetuskan kesedihan mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk reaksi meyayak hati ibu gajah perkenaan.
01:17Nik Nazmi berkata lebuh raya tersebut berhentasi habitat kritikal gajah yang menghubungkan kompleks hutan utama di Perak dan Kelantan dan kawasan ini dikenalpasti sebagai zon berisuku tinggi untuk konflik manusia hidupan liar.
01:30Menurut perhilitan, sebanyak 4,919 laporan konflik manusia gajah telah direkodkan antara tahun 2020 hingga 2024 dengan jumlah kerugian harta benda dianggarkan mencecah RM394 juta.
01:43Selain itu, 8 ekor gajah dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh 5 tahun lalu termasuk 3 kes pada tahun ini sahaja.

Recommended