00:00Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Pucong pada Selasa.
00:09Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jafar, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 12.30 tengah hari menerusi talian kecemasan MERS 999.
00:22Hasil siasatan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat 5 bangunan berkenaan selepas terjatuh dari rumah pengasuh.
00:31Mengulas lanjut, Mohd Fairus berkata, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dikenalpasti dalam kejadian itu.
00:39Katanya ketika kejadian, ibu mangsa sedang menjaga seorang lagi anak yang sedang kurantin di rumah, manakala bapanya sedang bekerja.
00:46Hasil siasatan mendapati, mangsa dilaporkan memanjat tingkap yang tidak berjeriji di rumah pengasuh itu.
00:52Subungan itu, pihak polis merakam percakapan pengasuh mangsa untuk siasatan lanjut.
00:56Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sahabat kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
01:09Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada timbalan pendawaraya untuk tindakan lanjut.