00:00Baik, persiapan bagi keseluruhan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat PKR yang dijadual bermula Kamis berjalan lancar setakat ini.
00:08Setiausaha GOMPKR Fuzia Saleh berkata, persiapan itu merangkumi Kongres Angkatan Muda Keadilan AMK Pusat, Kongres Wanita Pusat serta proses pemilihan jawatan tertinggi parti.
00:20Menurut beliau, hasil tinjauan di lokasi acara mendapati persiapan berjalan mengikut perancangan dan lancar.
00:27Dalam hari itu, beliau juga sedang meneliti senarai pembahas dan senarai jemputan, sama ada mereka telah memberi maklum balas keadilan atau sebaliknya.
00:36Kongres Nasional PKR akan bermula dengan perasmian serentak Kongres AMK dan Wanita pada 8 malam esok.
00:42Idi susuli dengan Kongres AMK dan Wanita serta pemilihan kepimpinan pusat pada pagi Jumaat sebelum ucapan dasar Presiden merangkap Perdana Menteri Datuk Serihan Ibrahim yang sekaligus merasmikan Kongres Nasional PKR pada sebelah malam.
00:57Kongres seterusnya diteruskan pada Sabtu dengan sesi perbahasan, penggulungan oleh kepimpinan parti serta pengumuman keputusan pemilihan bagi kepimpinan pusat sesi 2025-2028.
01:09Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri untuk bertanding bagi pelbagai jawatan peringkat pusat, berangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 calon bagi Majlis Pimpinan Wanita.
01:26Proses pencalonan menyaksikan Datuk Serihan Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden manakala jawatan timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dan penyandangnya Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafi Ziramli.
01:41Bagi jawatan Ketua Wanita pula, pertandingan satu lawan satu melibatkan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq dan ahli Perlima Ampang Roziah Ismail.
01:49Terima kasih telah menonton!