• 2 years ago
Pameran yang turut menampilkan kecanggihan kapal, teknologi lestari, dan inovasi gaya hidup marin itu turut mempunyai objektif merangsang perjanjian perdagangan rentas sempadan melibatkan beberapa negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sultan Kedah Sultan Salahuddin Sultan Badrishah pada Rabu berkenan merasmikan majlis pembukaan pameran bot antarabangsa Malaysia 2025 Langkawi atau lebih dikenali sebagai MyBoss25 yang diadakan di Royal Langkawi Yacht Club Kuah.
00:16Pameran yang diadakan buat julung kalinya serentak dengan penganjuran pameran antarabangsa maritim dan aero angkasa Langkawi 2025 melibatkan lebih 100 pameran di permukaan air dan daratan dari 12 negara.
00:32Pameran yang turut menampilkan kecanggihan kapal, teknologi lestari dan inovasi gaya hidup marin turut mempunyai objektif merangsang perjanjian perdagangan rentas sempadan melibatkan beberapa negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.
00:50Ia juga memberikan pengalaman kekayaan budaya serta keindahan warisan geopark di Pulau Langkawi sempena tahun melawat Kedah 2025.
01:00MyBoss 2025 juga bermatlamat menjadikan Pulau Langkawi menjadi hub utama pelayaran dan pelancongan merin di Asia Tenggara dengan menghimpunkan pelbagai pemain industri seperti pengeluar bud-bud antarabangsa, pengusaha sewaan bud, pembekal-pembekal peralatan, pihak pengurusan keuangan serta pembuat dasar dalam satu pentas.
01:23Pameran MyBoss 2025 akan berlangsung selama empat hari bermula Rabu hingga 24 Mei ini.

Recommended