00:00Ujian Sistem Amaran Awal Nasional MySiren akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara hari ini bagi menguji keberkesanan Sistem Amaran
00:09Kecemasan Negara.
00:10Menurut Suruhanjaya Kementerian Sistem Multimedia Malaysia atau MCMC, ujian itu akan berlangsung dari jam 10.10 pagi hingga 10.30
00:19pagi.
00:22MCMC menggalakkan pengguna memastikan sistem operasi telefon dikemas kini dan fungsi amaran kecemasan diaktifkan.
00:30Antara peranti yang menyokong sistem itu ialah iPhone 11 dan model lebih baharu dengan iOS terkini, Android 12 ke atas
00:38serta Huawei yang menggunakan EMUI 16 atau versi lebih baharu.
00:43Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadil sebelum ini menegaskan bahawa sistem MySiren tidak mengakses data peribadi pengguna.
00:50MySiren boleh digunakan untuk enam kategori amaran termasuk amaran kebangsaan, amaran ekstrim, amaran teruk dan amaran orang hilang.
00:58Ujian hari ini bertujuan membiasakan orang ramai dengan bunyi amaran khas MySiren bagi meningkatkan tahap kesiapsagaan ketika berlaku kecemasan sebenar.
01:08Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sistem ini menerusi laman sesawang rasmi MCMC dan saluran rasmi agensi berkaitan.