00:00Sebuah aplikasi baru dinamakan Terp360 berasaskan teknologi kecerdasan buatan AI membantu komuniti pekak di Kenya untuk berkomunikasi dengan lebih mudah.
00:11Aplikasi dibangunkan syarikat pemula teknologi Scienceverse berpangkalan di Nairobi itu menggunakan avatar 3D bernama EVA untuk menerjemah percakapan dan teks kepada bahasa isyarat Kenya secara masa nyata.
00:30Pengasasnya Elie Savatia berkata aplikasi itu bertujuan memastikan komuniti pekak tidak tercucir daripada akses asas seperti kesihatan, makanan dan pendidikan.
00:40Aplikasi ini sedang dikembangkan untuk menyesuaikan dengan dialet tempatan.
01:00Menurut Persatua Pekak Kebangsaan Kenya, terdapat sekitar 2.75 juta orang yang kurang upaya pendengaran di negara itu.
01:23Namun jurubahasa masih kurang terutama di sektor perubatan, pendidikan dan undang-undang.