Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Iran berkata pengantara Qatar akan mengemukakan cadangan baharu kepada Amerika Syarikat bagi memenuhi syarat yang ditetapkan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran berkata pengantara dari Qatar akan mengemukakan cadangan baharu kepada Amerika Syarikat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pembukaan semula Selat
00:10Hormuz.
00:10Menurut Menteri Luar Iran Abbas Araqchi, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengantara Qatar bagi membincangkan mekanisme untuk memenuhi syarat
00:21-syarat yang dikemukakan Tehran.
00:26Beliau berkata beberapa cadangan dan idea baharu telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.
00:34Menurut Abbas, cadangan tersebut akan dibawa kepada pihak Amerika Syarikat sebelum maklum balas rasmi disampaikan kepada Iran.
00:41Beliau berkata saluran komunikasi melalui Qatar dan Pakistan masih dibuka namun perbincangan kini memasuki fasa lebih serius selepas cadangan terbaharu
00:50dikemukakan oleh Tehran.
00:51Abbas turut berkata Iran menggunakan platform diplomatik di New York untuk menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa mengenai syarat yang diperlukan bagi
01:01membolehkan Selat Hormuz dibuka semula.
01:03Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah usaha diplomasi yang giat dijalankan bagi meredakan ketegangan antara Tehran dan Washington.

Recommended