Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memperdaya berhubung projek cadangan pembangunan komersial dan nilai harga pasaran membabitkan 24 tanah.

Bagaimanapun tertuduh Mohd. Zaid Abdul Jalil, 55, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Category

🗞
News
Transcript
00:02Assalamualaikum anda bersama saya Pia Nadia untuk Brutin Awani dan ini adalah perkembangan yang baru saja kita terima.
00:09Bekas Ketua Pegawai Eksekutif CEO Felda Investment Corporation sedang berhad FIC didakwa di Mahkamah St. Kuala Lumpur atas dua petuduhan
00:19memperdaya berhubung projek cadangan pembangunan komersil dan nilai harga pasaran membabitkan 24 tanah.
00:27Bagai manapun, Mohd Zahid Abdul Jalil mengaku tidak bersalah selepas petuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
00:38Mengikut petuduhan pertama, Mohd Zahid sebagai CEO FIC pada ketika itu didakwa memperdaya lembaga pengarah FIC untuk mempercayai bahawa syarikat
00:47Synergy Prominent Studian Berhad layak dilantik sebagai projek delivery partner master developer.
00:52Pelantikan itu bagi projek dipropos commercial development on Felda Lots in Jalan Semarak, Kuala Lumpur sedangkan tertuduh tahu syarikat terbabit
01:00hanya layak dilantik sebagai projek delivery partner master planner sahaja.
01:04Petuduhan kedua tertuduh didakwa memperdaya lembaga pengarah sama untuk mempercayai penilaian harga pasaran bagi 24 tanah milik Felda untuk pembangunan
01:13secara komersial yang dilaporkan
01:15Firdaus & Associates Property Professional Sundian Berhad adalah berjumlah RM330.96 juta, sedangkan tertuduh tahu jumlah sebenarnya yang dilaporkan ialah
01:25RM691.7 juta.
01:28Anggaran awal nilai pasaran yang diberikan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi semua tanah itu ialah RM180 juta dan tertuduh
01:36tahu Jabatan Berkenaan tidak pernah memberi anggaran awal nilai pasaran itu kepada Felda.
01:41Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di bilik mesyuarat lembaga Menara Felda persiaraan KLCC pada 16 Januari dan 29 April 2014.
01:50Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 417 Kanun Kesiksaan.
01:53Mahkamah membenarkan tertuduh di Kat Jamin RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu kes disebut semula 29 Oktober ini.

Recommended