Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
OpenAI membatalkan pelancaran GPT-6.1 Astra yang dirancang pada Oktober selepas ujian dalaman mendapati model kecerdasan buatan (AI) generasi baharu itu tidak memenuhi piawaian keselamatan dan penjajaran syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, OpenAI membatalkan pelancaran GPT 6.1 ASRA yang dirancang pada Oktober selepas ujian dalaman mendapati model kecerdasan buatan AI
00:10generasi baharu itu tidak memenuhi pihak wayang keselamatan dan penjajaran syarikat.
00:15Pembuat chat GPT itu mengesahkan keputusan berkenaan pada Isnin. Susulan laporan bahawa ujian dalaman menunjukkan model tersebut mempunyai kelemahan termasuk
00:23berupaya mengelak pengawasan manusia dan menunjukkan tahap tingkah laku mengelirukan lebih tinggi berbanding model terdahulu.
00:34GPT 6.1 ASRA sebelum ini dirancang untuk diintegrasikan ke dalam chat GPT dan Codex bagi membolehkannya mengendalikan tugas yang
00:42lebih kompleks dengan tahap bantuan manusia lebih rendah.
00:45Ketua Sistem Keselamatan OpenAI Sachi Jain berkata, walaupun model itu menunjukkan peningkatan dalam beberapa aspek, ia masih belum memenuhi tahap
00:54yang ditetapkan dari segi mematuhi skop dan kebenaran tugas serta ketepatan dalam memaklumkan pengguna mengenai tindakan yang telah dilakukannya.
01:02Katanya OpenAI menetapkan tahap keselamatan dan penjajaran yang sangat tinggi sebelum sesuatu model dilancarkan kepada pengguna.
01:09Keputusan itu dibuat ketika Ketua Pegawai Ezeketif OpenAI Sam Allman dan Ketua Pegawai Ezeketif Antropik Dario Amodi antara pemimpin industri
01:17yang menyeru supaya pembangunan AI diperlahankan dan langkah keselamatan diperkukuh.
01:23OpenAI sebelum ini turut memberi amaran bahawa model Astra mempunyai keupayaan yang semakin tinggi dan memerlukan pelindungan tambahan termasuk pemantauan
01:31bagi mengesan tindakan yang tidak selari dengan arahan atau diluar skop kebenaran.
01:36Pembatalan pelancaran GPT-6.1 Astra itu berlaku menjelang persediaan pembangunan OpenAI di San Francisco yang sebelum ini menjadi platform
01:44syarikat memperkenalkan produk dan ciri baru khususnya kepada pembangun perisian.

Recommended