00:00Pasukan penganjur Persekutuan Pemotoran Bahrain BMF kini bersedia sepenuhnya untuk Formula 1 F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix
00:07di lita antarabangsa Sepang Malaysia dari 2 hingga 4 Oktober
00:10dengan pengaturan operasi dan penyelarasan terakhir sedang dijalankan.
00:14Pegurus besar BMF Abdul Aziz Al-Tawadi berkata,
00:18kesemua anggota delegasi Bahrain komited untuk menyediakan semua sumber yang ada
00:22bagi memastikan tahap kesediaan tertinggi menjelang acara antarabangsa utama.
00:27Abdul Aziz juga menggesa delegasi supaya terus bekerja sebagai satu pasukan
00:32untuk mempamerkan kepakaran Bahrain dan keupayaannya menyumbang kepada penganjuran acara sukan antarabangsa utama.
00:39Mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Presiden BMF dan Naik Presiden Persekutuan Otomobil Antarabangsa FIA
00:44untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Syekh Abdullah bin Isa Al-Khalifa
00:49menyemak rancangan operasi dan penyelarasan pasukan untuk perlombaan berkenaan.
00:52Syekh Abdullah memuji persiapan pasukan BMF dan melahirkan rasa bangga terhadap golongan muda Bahrain
00:58kerana mewakili kerajaan dan mempamerkan keupayaan bakat negara itu pada acara sukan antarabangsa.