Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Marco Rubio mendakwa Iran akan menggunakan senjata nuklear untuk mengugut masyarakat antarabangsa dan menguasai laluan tenaga strategik jika memiliki keupayaan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio mendakwa Iran akan menggunakan senjata nuklear untuk mengugut dunia sekiranya Republik Islam itu berjaya
00:09memiliki keupayaan berkenaan.
00:12Dalam wawancara bersama Fox News, Rubio berkata, selat hormus kini dibuka dan aliran bekalan minyak global hampir kembali ke tahap
00:20sebelum konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
00:23Bagaimanapun, menurut beliau, situasi itu akan menjadi lebih berbahaya sekiranya Iran berjaya memiliki senjata nuklear.
00:31Rubio berkata, senario tersebut merupakan risiko yang tidak boleh diterima oleh masyarakat antarbangsa.
00:38Dalam masa sama, beliau turut mengkritik kepimpinan Iran dan mendakwa sumber kewangan yang diperoleh negara itu tidak digunakan untuk meningkatkan
00:47kesejahteraan rakyat.
00:48Sebaliknya, Rubio mendakwa dana berkenaan digunakan untuk membangunkan keupayaan ketenteraan dan menyokong kumpulan bersekutu Iran di Asia Barat.
00:59Kenyataan itu dibuat ketika usaha diplomatik antara Washington dan Tehran masih berlangsung bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang berlanjutan.

Recommended