00:00Periduk Palestine berhimpun di Han Yunis Gaza pada Ahad pagi meratapi kematian Khalid Dohmah, seorang bapa kepada lima anak yang terbunuh
00:09akibat tembakan tetra Israel berhampiran tapak pengagihan bantuan di Rafah.
00:14Menurut isterinya Sana Dohmah, suaminya yang baru berusia 36 tahun itu, ditembak mati di kepala ketika dalam perjalanan mendapatkan makanan buat anak-anak mereka.
00:30Media melaporkan empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat tembakan tentera Israel pada Ahad
00:51ketika penduduk Palestine dalam perjalanan ketampak pengagihan bantuan di selatan semenanjung Gaza.
00:56Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata bahawa tenteranya telah melepaskan tembakan di selatan Gaza
01:03namun menyatakan bahawa mereka hanya melepaskan tembakan amaran ke arah sekumpulan individu yang bergerak ke arah tentera dan dianggap sebagai ancaman.
01:12Ini merupakan insiden tembakan terkini berhampiran lokasi pengagihan bantuan di selatan Gaza
01:17sejak kumpulan yang disokong Israel dan AS, Gaza Humanitarian Foundation, GHF, mula mengagihkan bantuan pada akhir bulan lalu.