Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Ahad, ini susulan perkembangan terbaharu Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang memutuskan untuk mengekalkan perintah tahanan sementara (TRO) difailkan Universiti Harvard.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelajar Malaysia di Universiti Harvard boleh meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan status visa buat masa ini.
00:07Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi KPT pada ahad, ini sesulah perkembangan terbaru Mahkamah Pesekutuan Amerika Syarikat yang memutuskan untuk mengekalkan Perintah Tahanan Sementara, TRO, yang difalkan oleh Universiti Harvard.
00:20KPT menerusi sebuah kenyataan media berkata, sehingga kini seramai 54 pelajar Malaysia di Universiti Harvard terdiri daripada 16 pelajar tajaan dan 38 pelajar pembayaran sendiri.
00:34Dan setakat ini, tiada pelajar Malaysia mengalami masalah atau isu berkaitan rekod sistem pelajar dan pertukaran pelawat serta penarikan semula visa mereka.
00:45Namun begitu, KPT turut mengingatkan pelajar untuk sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan latihan praktikal pilihan mereka serta berhati-hati dalam setiap tindakan yang melibatkan urusan imigresen.
00:57Ini juga termasuk pelajar baru yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Harvard pada September ini.
01:02KPT juga berkata pihaknya memantau rapat perkembangan isu berkenaan melalui Pejabat Education Malaysia, Washington DC, EMWDC serta pihak berkuasa pendidikan mereka syarikat.

Recommended