Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis giat memburu tiga suspek bersenjata yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah premis hiburan di Teluk Intan, dengan seorang suspek telah dikenal pasti dan disenaraikan sebagai orang dikehendaki.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersejata di sebuah premis hiburan di Jalan Cangkatjong, Teluk Intan pada 15 Jul lepas.
00:11Menurut Ketua Polis Daerah Hilipira, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin, identiti seorang daripada mereka telah dikenalpasti iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau.
00:22Jelasnya dalam satu penyataan, suspek ini telah disenaraikan sebagai orang dikehendaki polis.
00:27Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen IPK Perak juga telah melawat tempat kejadian dan menemukan beberapa bahan bukti termasuk kesan darah, dua cap jari dan serpihan kaca selain rakaman kamera litar tertutup CCTV.
00:42Sebelum itu, video berdurasi 30 saat, Mersi Laman Media Sosial menghapalkan tiga lelaki bertopeng keluar dari sebuah kereta jenis Honda sambil memegang dan menghayun parang ke arah individu di pusat hiburan terbabit.
00:53Bakri berkata laporan polis berkaitan kejadian itu telah dibuat pada 1-2 minit pagi 15 Jun di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak oleh seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun yang bekerja di premis berkenaan.
01:05Pada masa sama, Bakri berkata ketiga-tiga suspek telah menyerbu masuk dan memecahkan barangan dalam premis berkenaan selain mengambil sebuah telefon bimbit jenis iPhone 14 Pro milik pekerja serta wang tunai berjumlah RM2,000 dari kaunter premis.
01:19Suspek katanya turut mencederakan dua pelanggan menggunakan parang selain memecahkan cermin empat kenderaan yang berada di sekitar premis itu.
01:26Kes disiasat di bawah Seksyen 395-397 Kanun Keselahan kerana Samun Berkawan menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Sama kerana terkhianat terhadap harta benda awam.

Recommended