00:00Kerajaan telah membuat penentuan muktamad affirmative bagi penerusan pengenaan juti anti-lambakan ke atas import produk besi atau keluli bukan aloi gegelung-gelungan sejuk CRC dengan kelebaran melebihi 1,300mm yang berasal atau diekspor dari China dan Jepun.
00:19Dalam kenyataan pada Sabtu, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI menjelaskan perkara itu tidak termasuk pelat hitam kilang timah dan dagangan subjek yang diimport bagi maksud penggunaan akhir otomotif dan finwall untuk transformer.
00:34Kadar Duti Anti-Lambakan bagi syarikat China adalah melibatkan anggang Steel Company Limited pada 4.82%, Manshan Iron & Steel Company Limited 4.76%,
00:50Xiaogang Jingtang United Iron Steel Company Limited 8.74% dan lain-lain pengeluar dan pengekspor 26.38%.
01:00Kementerian itu memaklumkan kadar Duti Anti-Lambakan bagi semua pengeluar dan pengekspor Jepun pula adalah pada 26.39%.
01:11Tambah kenyataan itu, kutipan Duti Anti-Lambakan ini akan dikodkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selama 5 tahun mulai 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2030.
01:23Menurut MITI, kerajaan juga telah membuat penentuan muktamad negatif bahawa Duti Anti-Lambakan dan siasatan ke atas dagangan subjek yang berasal atau diekspor dari Korea Selatan dan Vietnam ditamatkan mulai 23 Jun 2025.
01:40Jelasnya lagi, kajian semula pentadbiran ini dijalankan oleh kerajaan bagi menentukan sama ada penamatan Duti Anti-Lambakan yang berkodkuasa berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.
01:57Terima kasih telah menonton!