Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
Pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK) Indonesia akan memberi fokus kepada pembaharuan pasaran modal yang mendatangkan hasil sekali gus meningkatkan kualiti pasaran serta keyakinan pelabur.
Transcript
00:00Pihak berkuasa perbatan keuangan OJK, Indonesia akan memberi fokus kepada pembaharuan pasaran modal yang mendatangkan hasil sekaligus meningkatkan kualiti pasaran
00:10serta keyakinan pelabur.
00:12Pengerusi OJK, Frederica Widyasaridewi, semasa dialog pelabur mandiri sekuritas di Jakarta berkata, langkah segera itu diambil OJK susulan pandangan MSCI
00:27mempertimbangkan untuk menurunkan taraf pasaran negara itu.
00:33Menurut kenyataan, beliau menyatakan bahawa OJK komited untuk membangunkan pasaran modal Indonesia yang adil, telus, berdaya saing serta mempunyai kredibiliti
00:43di peringkat global.
00:45Pada 16 Oktober, MSCI mengumumkan satu sesi rundingan mengenai pengkelasan semula Indonesia daripada pasaran membangun kepada pasaran berdiri sendiri.
00:56Ketua Penyeliaan Pasaran Modal OJK, Hassan Fauzi menjelaskan, pengumuman tersebut merupakan sebahagian daripada proses rundingan yang sedang berjalan dan bukannya
01:07satu keputusan muktamad.
01:09MSCI akan menerima maklum balas sehingga 30 April 2027 dengan keputusan akhir dijangka diumumkan pada 30 Jun 2027.
01:19OJK menyatakan pihaknya menghormati penilaian bebas MSCI setelah mengadakan 16 sesi bersruktur dengan penyedia indeks tersebut antara Februari hingga Oktober
01:302026.
01:32Menurut OJK, asas pasaran kekal kukuh dengan permodalan pasaran sekitar $589 bilion Amerika, kedua terbesar di ASEAN, serta mempunyai 31
01:43.1 juta pelabur.
01:45Syarikat-syarikat tersenarai mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 15.9% dan pertumbuhan keuntungan bersih bagi tempoh setahun sehingga Jun 2026.
01:56OJK juga sedang memperkukuh penyelarasan dengan pihak kerajaan termasuk perbincangan pada 19 Oktober yang dihadiri oleh Presiden Prabowo Subianto, pihak
02:05OJK dan Jawatan Kuasa Kestabilan Sistem Kewangan KSSK.
Comments

Recommended