Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PN untuk menggantung notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkan oleh RoS sehingga semakan kehakiman didengar.
Transcript
00:00Baik kita ke laporan tempatan lain. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional PN yang dikeluarkan Jabatan
00:09Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS digantung sementara berkuat kuasa serta merta.
00:15Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azizan Mad Arsyad yang membenarkan permohonan PN untuk menggantung notis berkenaan sehingga proseding substantif semakkan
00:26kehakiman didengar dan diputuskan mahkamah.
00:31Menurut Hakim Azizan, mahkamah mendapati wujud keadaan luar biasa mewajarkan notis pembatalan pendaftaran PN digantung sementara.
00:40Tambahnya mahkamah perlu menilai kemungkinan berlakunya kemudaratan yang lebih besar jika permohonan penangguhan itu dibenarkan atau ditolak.
00:49Selain itu, Hakim Azizan berkata antara faktor yang diambil kira ialah potensi kemudaratan terhadap aktiviti politik PN serta penyertaan gabungan
00:59itu dalam pilihan rakyat negeri Melaka akan datang.
01:01Kes itu difaikan oleh lima pemimpin parti komponen PN yang diketuai seutiasa agungnya Datuk Seri Takwini Hassan yang memohon semakan
01:11kehakiman bagi mencabar tindakan ROS.
01:14Dalam permohonan mereka, PN mendakwa notis itu memberi kesan langsung kepada parti-parti komponen yang akan bertanding pada PRM Melaka
01:22khususnya dalam menggunakan nama dan logo gabungan itu.
01:26PN turut menjelaskan jika notis itu tidak digantung sebelum hari penamaan calon, mereka akan kehilangan peluang untuk bertanding menggunakan nama
01:34dan lambang parti tersebut.
01:37Sebelum ini, ROS pada 22 September mengeluarkan notis kepada PN sebelum menggantung aktiviti gabungan itu di bawah subseksyen 13-2A
01:47Akta Pertubuhan 1966.
01:49Pada 20 Oktober lalu, ROS kemudiannya membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan tersebut tidak dapat
02:01menyangkal asas pembatalan berkenaan.

Recommended