Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Walaupun Waze dan Google Maps sama-sama menggunakan data pengguna, kerajaan membezakan kedua-dua aplikasi navigasi itu berdasarkan bidang kuasa undang-undang yang terpakai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, walaupun Waze dan Google Maps sama-sama menggunakan data pengguna,
00:05kerajaan membezakan kedua-dua aplikasi navigasi itu berdasarkan bidang kuasa undang-undang yang terpakai kepada perikmatan berkenaan.
00:11Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Cyber Negara Naksa, Megat Zuhairi Megat Tajudin berkata,
00:17ia jelas terdapat perbezaan pangkalan apabila Waze terikat kepada undang-undang Israel,
00:22manakala Google Maps tertakluk kepada perundangan Amerika Syarikat.
00:27Keputusan untuk kita terhadap Waze adalah kerana dari segi aspek perundangan tersebut,
00:33Waze masih berpangkalan di Israel dan terikat kepada undang-undang Israel,
00:38manakala Google Maps berpangkalan di California dan terikat dengan undang-undang US.
00:44Mengulas kebimbangan pengguna bahawa Google Maps turut mengumpul data lokasi,
00:48Megat berkata, sekurang-kurangnya Google tertakluk kepada accountability sebagai entiti komersial
00:54dengan sebarang pelanggaran kepercayaan pengguna berpotensi menjejaskan perniagaannya.
01:00Bagaimanapun, beliau menegaskan tiada jaminan mutlak dalam aspek keselamatan cyber,
01:05termasuk bagi penggunaan perkhidmatan digital.

Recommended