Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan akan membawa usul daripada UMNO Bahagian Sembrong ke peringkat tertinggi parti bagi mencadangkan agar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diterima semula dalam kepimpinan parti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, UMNO Johor memberi jaminan akan membawa usul daripada UMNO bahagian Sembrung
00:05ke peringkat tertinggi parti bagi mencadangkan Datuk Seri Hishamuddin Tun Husin
00:10diterima semula dalam kepimpinan parti.
00:14Pengurusnya Datuk On Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar Johor berkata
00:18usul itu merupakan ekspresi akar umbi terhadap bekas ketua UMNO bahagian Sembrung itu
00:23yang banyak menyumbang bakti kepada parti termasuk membimbing beliau secara peribadi dalam arena politik.
00:32Katanya Sembrung merupakan tempat dirinya mula belajar berpolitik dan mengenal erti perjuangan di bawah bimbingan Hishamuddin.
00:40Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrung Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid berkata
00:45ini adalah tahun kedua usul tersebut dikemukakan selari dengan hasrat majoriti ahli perwakilan
00:51yang mahu melihat bekas Menteri Kanan Pertahanan itu kembali aktif dalam UMNO.
00:56Tegas Abdul Ghani, pengalaman luas Hishamuddin dalam kerajaan dan parti amat diperlukan
01:01dalam usaha memperkukuhkan lagi UMNO, terutamanya ketika parti sedang menjalani proses pemulihan.
01:07Hishamuddin digantung keahlian UMNO selama enam tahun bermula 27 Januari 2023
01:12bersamaan dua penggal pemilihan Madlis Kerja Tertinggi Parti.
01:16Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan disiplin yang diambil parti
01:20dalam proses pembersihan dalaman yang turut melibatkan bekas Ketua Pemuda Khairi Jamaluddin,
01:26bekas Ketua Penerangan Syarih Sufian Hamdan dan bekas pengurusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Recommended