Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
KL City FC mengumumkan pemain kebangsaan, Safawi Rasid yang akan menjadi taruhan skuad City Boys bagi menghadapi musim 2025-2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, ke mana destinasi Safawi Rasid untuk saingan Liga Malaysia musim depan?
00:05Akhirnya terjawab, Safawi bakal menyarung jersi Kuala Lumpur KL City FC bagi menghadapi musim 2025-2026.
00:14Perkara itu disahkan KL City menerusi hantaran dalam laman sosial klub yang menyifatkan Safawi sebagai antara bakat terbaik bola sepak negara.
00:23Kemasukan Safawi sudah tentu menyuntik semangat skuad The City Boys untuk menampilkan aksi lebih baik musim depan setelah menamatkan musim 2024-2025 pada kedudukan ke-6 Liga.
00:36Musim lalu Safawi yang beraksi dengan Terengganu FC telah membuat 35 penampilan dengan 18 gol dijaringkan dan 5 bantuan jaringan dihasilkan.
00:46Terdahulu KL City turut mengumumkan pelantikan jurulatih dari Serbia, Risto Vidakovic sebagai ketua jurulatih klub menggantikan Miroslav Kuljanak.
00:57Vidakovic berpengalaman luas dalam kancah bola sepak rantau ini apabila pernah membimbing Melaka United selain tiga lagi klub yang berpangkalan di Filipina, Singapura dan Indonesia.
01:07Sebagai rekod trofi terakhir dimenangi KL City adalah Piala Malaysia ketika menewaskan JDT 2-0 dalam aksi final pada 2021.
01:17Selepas itu KL City marah kedua lagi aksi final namun hanya muncul naib juara apabila tewas kedua-duanya.
01:23Yang pertama ialah final Piala AFC pada 2022 di mana mereka tewas 3-0 kepada klub dari Oman Al-Sayib.
01:32Dan final kedua ialah Piala FA pada 2023 namun tewas kepada JDT 2-0.

Recommended