Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata selain sumber manusia, persediaan itu turut disokong dengan 2,465 aset operasi yang merangkumi 1,788 aset darat, 656 aset bot dan 21 aset udara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 21,000 pegawai dan anggota berada dalam keadaan siap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang fasa monsoon Timur Laut
00:10MTL 2026-2027.
00:13Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketentraman Awam KDNKA, Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Yusri Hassan Basri berkata,
00:22selain sumber manusia, persediaan itu turut disokong dengan 2,465 aset operasi yang merangkumi 1,788 aset darat, 656 aset
00:34bot dan 21 aset udara.
00:40Beliau berkata sumber manusia dan aset ini khususnya dari KDNKA sedia digerakkan bagi memastikan keupayaan mobilisasi,
00:48bantuan dan tindakan operasi dapat dilaksanakan dengan segera apabila diperlukan.
00:53Katanya pengurusan bencana merupakan tanggungjawab bersepadu antara pelbagai kementerian, jabatan dan agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri maupun daerah.
01:04Tambahnya kerjasama strategik itu amat penting bagi memastikan setiap tindakan dapat dilaksanakan secara pantas, teratur dan berkesan demi keselamatan serta
01:14kesejahteraan masyarakat.
01:16Antara aspek yang diberi keutamaan ialah pemantauan terhadap 3,045 kawasan hotspot banjir di seluruh negara.
01:24Daripada jumlah itu, Kelantan merekodkan kawasan berisiko tertinggi iaitu sebanyak 609 kawasan,
01:31diikuti Pahang 572, Terengganu 460 dan Sabah 348.
01:39Pasukan Penyelamat turut memperluas skop pemantauan di 263 kawasan cerun kritikal dan berisiko
01:46serta 31 kawasan hotspot tanah runtuh bagi memastikan langkah pencegahan serta tindakan awal dapat dilakukan.
01:54Terima kasih telah menonton!
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended