Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menteri Agraria dan Perancangan Ruang Nusron Wahid berkata langkah itu diambil berdasarkan syor Badan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indonesia merancang membatalkan, mengehadkan atau menolak pemberian hak pengusahaan tanah membabitkan sebelah syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan
00:10tanah di Kalimantan, susulan penilaian kerajaan terhadap kawasan konsesi masing-masing.
00:16Menteri Agraria dan Perancangan Ruang, Nusron Wahid berkata, langkah itu diambil berdasarkan syur Badan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia.
00:26Menurut beliau, kementeriannya telah membahagikan 11 syarikat berkenaan kepada 5 kategori berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan.
00:34Katanya, data telah diserahkan dan kini hanya penyediaan draft, surat keputusan yang masih belum selesai selain memaklumkan pihaknya akan mengumumkannya
00:44tidak lama lagi.
00:45Pengumuman itu menyusul selepas mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Dudung Abdul Rahman di Jakarta
00:54pada Isnin.
00:55Nusron berkata, beberapa syarikat terbabit mempunyai pemilik asing yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Korea Selatan, Malaysia dan Singapura,
01:04manakala sebahagian lagi turut mempunyai pelabur atau pemegang saham tempatan yang identitinya belum dapat didedahkan.
01:11Menurut Kementerian itu, tiga syarikat berdepan pembatalan sepenuhnya hak mengusahakan tanah atau HGU melibatkan kawasan seluas kira-kira 23,274
01:23hektare di Kalimantan Selatan dan Kalimantan Barat.
01:26Tindakan itu dicadangkan selepas kebakaran menjejaskan lebih 50% kawasan konsesi mereka selain kekurangan kemudahan dan infrastruktur, kejadian kebakaran berulang
01:38serta pelanggaran syarat penggunaan tanah.
01:41Sebuah lagi syarikat di Kalimantan Barat tidak akan diberikan lanjutan atau pembaharuan HGU selepas konsesi seluas 2,300 hektare miliknya
01:50tamat pada 2020.
01:53Tiga syarikat lain pula tidak akan diberikan HGU baharu, manakala Kementerian itu turut merancang mengadakan penyelarasan dengan Kementerian Pertanian berhubung
02:02kemungkinan pembatalan lesin perniagaan perladangan mereka.
02:05Sementara itu, sebuah lagi syarikat di Kalimantan Barat berdepan pembatalan sebahagian HGU bagi kawasan konsesi seluas kira-kira 1,510
02:15hektare.
02:16Menterian itu memaklumkan bahawa bagi tiga syarikat masih dalam penilaian bagi menentukan sama ada HGU mereka perlu dibatalkan sebahagian atau
02:25sepenuhnya.

Recommended