Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Operasi Pembenihan Awan (OPA) dijalankan di beberapa kawasan tumpuan di Sarawak bermula Isnin bagi membantu merangsang pembentukan awan hujan serta meningkatkan jumlah hujan di kawasan tadahan empangan utama bagi menyokong keperluan sumber air di negeri itu.
Transcript
00:00Operasi pembenihan awan OPA dijalankan di beberapa kawasan tumpuan di Sarawak bermula Isnin bagi membantu merangsang pembentukan awan hujan serta
00:10meningkatkan jumlah hujan di kawasan tadahan empangan utama bagi menyokong keperluan sumber air di negeri itu.
00:19Operasi yang diselaraskan oleh agensi pengurusan bencana negara dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jawatankuasa Pengurusan Bencana
00:30Negeri Sarawak serta pihak berkuasa penerbangan awam melibatkan kawasan tadahan air empangan bakun, empangan murum dan empangan batang air.
00:39MED Malaysia bertanggungjawab menyediakan analisis atmosfera, menilai keadaan cuaca semasa serta mengenalpasti kawasan sasaran yang sesuai untuk pelaksanaan pembenihan awan.
00:50Taklima turut diberikan kepada pasukan operasi sebagai panduan dalam menentukan kesesuaian keadaan atmosfera dan perancangan laluan penerbangan bagi memastikan operasi
01:01dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
01:04Misi pembenihan awan menggunakan pesawat C-130 HTUDM telah berjaya dilaksanakan di kawasan empangan murum dan seterusnya empangan bakun.
01:16MED Malaysia akan terus memantau keadaan atmosfera dan cuaca di kawasan sasaran bagi menilai perkembangan serta hasil pelaksanaan operasi sepanjang
01:25tempoh tersebut.

Recommended