00:00Bertemu semula, Australia akan mewajibkan syarikat kecerdasan buatan AI melaporkan insiden pencerobohan serta mempertimbangkan pindaan Undang-Undang Jenayah bagi menangani
00:11salah laku sirius.
00:12Perdana Menteri Anthony Albanese mengumumkan langkah itu pada selasa selepas OpenAI memperoleh akses tanpa kebenaran ke portal statistik perubatan Medicare,
00:22Program Insurans Kesehatan Sejagat Australia.
00:26Menurut kerajaan, insiden itu berlaku ketika ejen berkenaan menjalankan penyelidikan mengenai perbelanjaan perubatan awam.
00:35Pencerobohan yang dimaklumkan kerajaan pada September itu mencetuskan semakan segera dengan Albanese mengesahkan semua syur hasil semakan telah diterima.
00:45OpenAI sebelum ini memaklumkan syarikat itu hanya mengetahui insiden berkenaan pada Ogos dan menyifatkannya sebagai tidak disengajakan.
00:52Simakan dalamannya juga tidak menemukan bukti bahawa ejen AI tersebut mengakses rekod pesakit.
01:00Insiden itu menambah ketegangan antara Australia dan syarikat teknologi Amerika Syarikat berhubung kawal selia AI.
01:07Sebelum ini, Canberra menolak permohonan OpenAI dan Entropik untuk mendapat pengecualian Undang-Undang Hak Cipta bagi latihan model AI.
01:17Sebaliknya, kedua-dua syarikat dikehendaki merundingkan perjanjian perlesenan dengan pemegang hak cipta di Australia.