Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Sekurang-kurangnya 16 pekerja maut dan 13 lagi cedera selepas satu letupan besar berlaku di Kilang Besi dan Keluli HABAS di Aliaga, Izmir, Turkiye. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, sekurang-kurangnya 16 pekerja maut, manakala 13 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang keluli di wilayah Izmir,
00:07barat Turki pada Isnin.
00:08Insiden itu berlaku di kilang besi dan keluli Habas ketika kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian relau sedang dijalankan.
00:18Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi tersebut.
00:25Menurut Gabiner Izmir, Sulaiman Elban, letupan itu berlaku pada jam 11.46 pagi waktu tempatan.
00:33Siasatan awal mendapati sebuah kerin siling runtuh sebelum bahan-bahan berat jatuh ke dalam relau arka elektrik.
00:39Insiden itu merosakkan saluran gas asli dan seterusnya mencetuskan letupan yang besar.
00:45Selain 16 kematian yang disahkan, 13 pekerja lagi cedera termasuk 2 mangsa yang dilaporkan berada dalam keadaan yang serius.
00:53Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas beberapa pekerja dipercayai terperangkap di bawah runtuhan sejurus selepas kejadian.
01:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended