00:00Seruhanjaya Pilihan Raya SPR menyasarkan sekurang-kurangnya 95% pengundi awal keluar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke
00:07-16 hari ini.
00:09Pengurusinya Datuk Seri Ramlan Harum berkata sehingga jam 10.35 pagi, seramai 5,286 pemilih atau 53.25% daripada
00:18kalangan anggota tentera, pasangan dan polis telah menunaikan tanggungjawab mereka.
00:23Dan kita harap tren ini akan terus berterusan sehingga ke petang nanti dan kita harap kadar keluar mengundi boleh mencapai
00:32sehingga 95% sehingga kepada petang nanti.
00:36Tambahnya proses pengundian awal hari ini melibatkan 31 pusat mengundi dan 50 saluran di seluruh Melaka.
00:43Jelasnya sebahagian pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat mengikut jumlah pemilih berdaftar di setiap saluran.
00:49Sebanyak 19 pusat mengundi akan ditutup pada jam 12.30, manakala 3 lagi pada jam 2 petang dan 5 pusat
00:57mengundi pada jam 5 petang.
01:00Dalam perkembangan berkaitan, SPR merekodkan 237 kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen setakat malam tadi.
01:08Kesalahan tersebut antaranya melibatkan aktiviti kempen, pemasangan bendera dan bahan kempen.
01:13Secara keseluruhan, SPR berpuas hati dengan perjalanan kempen PRN Melaka setakat ini yang disifatkan berjalan lancar tanpa insiden besar.