Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Tangisan atau jeritan kanak-kanak autistik tidak semestinya tantrum biasa. Ahli Terapi Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa menjelaskan perbezaan antara tantrum dan meltdown, bagaimana rangsangan sensori boleh mencetuskan tekanan serta kepentingan penilaian individu dan panduan visual untuk membantu anak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tanggisan, jeritan atau reaksi emosi yang kuat dalam kalangan kanak-kanak autistik tidak semestinya berpunca daripada sikap mengamuk atau terlalu
00:09dimanjakan.
00:10Sebaliknya, keadaan itu mungkin merupakan meltdown iaitu reaksi apabila kanak-kanak mengalami tekanan atau rangsangan sensori yang berlebihan sehingga sukar
00:18mengawal respons mereka.
00:19Ahli terapi cara kerja Nurul Syirina Musa berkata, bunyi bising, bau tertentu, suasana sesak dan perubahan rutin antara faktor yang
00:27boleh mencetuskan keadaan berkenaan.
00:33Menurutnya, perkara yang dianggap biasa oleh orang dewasa mungkin menimbulkan ketidakselesaan yang serius kepada sesetengah kanak-kanak autistik sekaligus memerlukan
00:41pendekatan berbeza daripada tantrum biasa.
00:44Contohnya, bagi kita bunyi itu kan biasa je. Di mall kan ada bunyi kan, ada ramai orang kan. Tapi bagi
00:49mereka bunyi itu sebenarnya menyakitkan.
00:51So that's why lah mereka akan tantrum. Mereka akan rasa macam overwhelm. So that's why kita harus faham pentingnya perbezaan
01:05tantrum dan juga meltdown ni sebab strategi sebagai ibu ayah ataupun sebagai seorang terapis akan berubah.
01:12Nurul Sharina berkata, walaupun kanak-kanak mempunyai diagnosis autism yang sama, keperluan dan sensitiviti sensory mereka mungkin berbeza, justru penilaian
01:22individu penting bagi menentukan pendekatan sokongan yang bersesuaian.
01:26Beliau turut menggalakkan ibu bapa menggunakan panduan visual seperti gambar dan urutan aktiviti bagi membantu anak memahami arahan, mengenalpasti emosi
01:35serta menyampaikan keperluan mereka.
01:37Katanya kaedah berkenaan boleh diperkenalkan lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga anak mengalami tantrum atau meltdown.
Comments

Recommended