00:00Hari pertama Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau COP31 di Turki menyaksikan pelbagai demonstrasi dianjurkan oleh kumpulan
00:09aktivis yang menuntut tindakan lebih tegas terhadap perubahan iklim.
00:12Para peserta berhimpun di luar lokasi persidangan di Antalya dengan membawa mesej mendesak pemimpin dunia mempercepatkan usaha menangani pemanasan global.
00:28Sebahagian penunjuk perasaan turut menggunakan simbolik pita pada mulut sebagai tanda bantahan terhadap apa yang dianggap tindakan tidak mencukupi dalam
00:36menangani krisis iklim.
00:38Menurut aktivis, transformasi sistem pengeluaran makanan dan pertanian perlu menjadi sebahagian daripada agenda utama dalam rundingan perubahan iklim global.
00:47Demonstrasi itu berlangsung ketika laporan program Alam Sekitar PBB memberi amaran bahawa dunia kini berada di landasan untuk melepasi had
00:56pemanasan global 1.5 darjah Celsius.
00:59Sasaran tersebut dipersetujui menerusi perjanjian Paris 2015 bagi mengelakkan kesan paling buruk perubahan iklim.
01:07COP31 dijangka menjadi platform penting bagi negara-negara peserta membincangkan langkah konkret menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin mendesak di
01:15seluruh dunia.
01:18Terima kasih telah menonton!