Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Kemboja menegaskan komitmennya memperkukuh penguatkuasaan undang-undang dalam usaha memerangi pemerdagangan manusia dan penipuan dalam talian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemboja menegaskan komitmennya untuk memperhebat usaha membanteras pemberdagangan manusia menerusi penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
00:09Menurut Jatah Kuasa Kebangsaan, memberangi pemberdagangan manusia NCCT, negara itu terus melaksanakan protokol Palermo sebagai asas dalam menyiasat kes pemberdagangan
00:20manusia, mengenal pasti bangsa dan membawa pesalah kemuka pengadilan.
00:27NCCT berkata pihak berkuasa turut memberi tumpuan kepada ancaman baru yang menghubungkan jenayah saiber dengan buruh paksa serta pemberdagangan manusia.
00:37Sehubungan itu operasi besar-besaran dilancarkan bagi menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang didakwa mempunyai kaitan dengan kegiatan pemberdagangan manusia.
00:46Menurut kenyataan itu, pasukan penguatkuasa berjaya menutup ratusan premis penipuan haram dan menyelamatkan ramai individu yang terperangkap dalam operasi jenayah
00:56tersebut.
00:57NCCT turut memberi jaminan bahawa kerajaan kekal komited pada peringkat tertinggi untuk membanteras pemberdagangan manusia khususnya yang berkaitan dengan penipuan
01:06dalam talian.
01:07Kenyataan itu dikeluarkan selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat menerbitkan laporan pemberdagangan manusia 2026 yang terus meletakkan Kemboja dalam kategori tahap
01:163 iaitu kedudukan terendah dalam sistem penilaian berkenaan.
01:20Terima kasih.
Comments

Recommended