00:00Parti Bersama Malaysia menyasarkan 15% undi popular pada pilihan raya negeri Melaka sebagai penanda aras kekuatan parti itu menjelang
00:09pilihan raya umum akan datang.
00:11Pemimpinnya, Datuk Seri Rafi Ziramdi berkata sasaran itu penting bagi membuktikan bersama mempunyai sokongan tersendiri meskipun bertanding secara solo.
00:23Menurut Rafi Zee, pencapaian 15% undi mampu meletakkan bersama pada kedudukan lebih kompetitif untuk mencabar gabungan politik utama.
00:33Kalau kami berjaya mendapat 15% contohnya, itu meletakkan bersama pada momentum yang baik untuk bersaing dengan sengit dengan PH
00:49dan BN pada PRU akan datang. Yang itu betul.
00:52Sasaran itu lebih tinggi berbanding lingkungan 3 hingga 6% undi yang menurutnya diperoleh bersama ketika bertanding di Johor.
00:59Bagaimanapun, Rafi Zee mengakui sukar meramalkan kecenderungan pengundi Melaka, khususnya golongan atas pagar yang tidak mendedahkan pilihan politik mereka.
01:09Katanya kerjasama politik di peringkat kepimpinan tidak semestinya diterima sepenuhnya oleh penyokong parti di Akar Umbi.
01:16Namun, Rafi Zee menyifatkan sabutan terhadap bersama semakin baik selepas 3 hingga 4 bulan berkempen di negeri itu.
01:24Beliau berkata demikian pada sidang media di ruang bersama Melaka, batu berendam pada selasa.
01:29Terima kasih.
01:30Terima kasih.