Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendanaan awam itu telah dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh struktur hierarki yang ada.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, UMNO sedia membuka semua maklumat terperinci berhubung kutipan sumbangan RM50 juta yang digunakan bagi membayar denda bekas Perdana
00:10Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
00:12Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melegaskan kutipan berkenaan dibuat menerusi kaedah pendanaan awam ataupun crowdfunding.
00:19Ia melibatkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli dan bukan ahli UMNO selain cawangan, bahagian serta perhubungan UMNO negeri.
00:34Jelas beliau pendanaan awam itu telah dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh struktur hierarki yang ada.
00:41Jadi usaha itu telah dibuat bagi menentukan garis panduan diikuti sepenuhnya oleh struktur hierarki yang ada.
00:56dan kita sedia untuk membuka semua maklumat terperinci hasil kutipan itu kepada pihak berwajib
01:09kerana kita telah mendapat garis panduan daripada pihak berwajib dan kita ikuti sepenuhnya.
01:15daripada pihak berkenaan dan wang itu disalurkan setelah ianya dimasukkan di dalam akaun yang diamanahkan ke ibu pejabat UMNO Malaysia.
01:33Beliau mengulas gesaan supaya kerajaan dan pihak berkuasa menyiasat jejak wang RM50 juta yang dikumpulkan bagi membayar denda Najib.
01:41Ahmad Zahid berkata tabung yang dibuka oleh ibu pejabat UMNO telah ditutup setelah jumlah kutipan itu mencukupi sebanyak RM50 juta.
01:49Katanya wang berkenaan kemudian disalurkan selepas dimasukkan ke dalam akaun yang diamanahkan kepada ibu pejabat UMNO Malaysia.
01:57Jumaat lalu media melaporkan UMNO mengesahkan proses pembayaran denda RM50 juta sudah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
02:05sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.
Comments

Recommended