00:00Parti Bersama Malaysia tetap akan meneruskan ceramah kemuncak kempen di dataran madani air keruh Jumaat ini meskipun berdepan halangan daripada
00:09pihak berkuasa tempatan.
00:11Pemimpinnya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata program truk kancil itu akan diteruskan berdasarkan permit yang telah diluluskan polis diraja Malaysia.
00:25Menurut Rafizi, Majlis Perbandaran Hangtua Jaya MPHTJ memaklumkan penggunaan dataran berkenaan tidak dapat dipertimbangkan.
00:33Namun beliau mempertikaikan keputusan itu kerana mendakwa lokasi sama digunakan Perikatan Nasional pada hujung minggu lalu.
00:51Dia berharap supaya tidak ada gangguan di saat akhir untuk menghalang, minta tukang tempat, halau kawasan.
01:01Rafizi berkata pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada Suranjaya Pilihan Raya SPR dan Polis sebelum memutuskan untuk meneruskan program berkenaan.
01:10Menurutnya, berdasarkan panduan yang diterima, urusan permit ceramah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa polis.
01:18Beliau turut berharap tiada gangguan di saat akhir yang boleh mencetuskan kekecohan sehari sebelum hari pengundian.