Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
SoftBank, Grab dan Petros merancang pembangunan infrastruktur AI di Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan cadangan modal permulaan US$1.85 bilion. Pelaburan dilaksanakan secara berperingkat dengan sasaran kapasiti jangka panjang lima gigawatt atau lebih.
Transcript
00:00Softbank dan Grab merancang menyediakan modal permulaan gabungan bersama Petroleum Sarawak Berhad Petros
00:07berjumlah 1.85 bilion dolar Amerika untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan AI di Malaysia.
00:15Jumlah itu bersamaan kira-kira 7.51 bilion ringgit dengan pembangunan meliputi Sarawak dan semenanjung Malaysia
00:25menerusi perjanjian pembangunan bersama yang diumumkan pada Isnin, syadangan modal itu merangkumi 1 bilion dolar Amerika daripada Softbank,
00:34750 juta daripada Grab dan 100 juta daripada Petros.
00:42Kerjasama berkenaan menyasarkan kapasiti pengkomputeran AI jangka panjang sebanyak 5 gigawatt atau lebih
00:49bagi memenuhi permintaan di Asia Tenggara dan peringkat global.
00:53Apabila beroperasi sepenuhnya, kemudahan itu dijangka menjadi antara infrastruktur AI terbesar seumpamanya di Asia
01:00untuk kegunaan kerajaan, syarikat multinasional dan perniagaan kecil.
01:05Pelaburan yang dicadangkan akan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada pencapaian sasaran pembangunan,
01:11kontrak pelanggan dan syarat penyempurnaan.
01:14Pengasas bersama, pengurusi dan ketua pegawai eksekutif Grab, Anthony Tan berkata,
01:19infrastruktur itu akan mempercepat pembangunan penyelesaian AI yang disesuaikan dengan keperluan masyarakat tempatan.
01:26Beliau berkata kerjasama itu juga dijangka menyumbang kepada ekonomi Malaysia melalui penciptaan pekerjaan bernilai tinggi
01:32dan peningkatan kemahiran dalam bidang AI.
01:35Projek berkenaan akan dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak
01:40selaras dengan pelan tindakan AI kebangsaan 2026 hingga 2030.
01:45Kemudahan itu turut direka untuk mengurangkan penggunaan air dan kebergantungan terhadap grid elektrik tempatan
01:51selain mematuhi garis panduan penggunaan tenaga boleh baru Malaysia.

Recommended