Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi keputusan pengampunan diraja yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan kuasa di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN bersedia melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki
00:09hukuman penjara 6 tahun secara tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028.
00:15Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasrutan Ismail berkata KDN sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi keputusan pengampunan di Raja yang
00:25diperkenankan yang dipertuan agung Sultan Ibrahim selaras dengan kuasa di bawah perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
00:34Beliau menerusi satu kenyataan pada selasa memaklumkan Mahkamah Tinggi pada hari sama memerintahkan perintah pelepasan atas pembayaran denda.
00:43Bertarik 6 November lalu dibatalkan dan diganti dengan Perintah Pengampunan Besarat, yakni tertuduh hendaklah menjalani baki hukuman penjara 6 tahun
00:53secara tahanan rumah di nombor 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.
00:59Kata Saifuddin, setiap keputusan yang dibuat melalui saluran perlembagaan hendaklah dihormati dan dilaksanakan menurut undang-undang.
01:07Beliau berkata kelewatan pelaksanaan sebelum ini berlaku kerana terdapat persoalan undang-undang berkaitan tafsiran Perintah Pengampunan Besarat dan kesan perundangan
01:17Perintah Pelepasan bertarik 6 November lalu, khususnya mengenai pelaksanaan baki hukuman melalui tahanan rumah.
01:23Ujar beliau keputusan Mahkamah Tinggi pada selasa telah menjelaskan persoalan itu.
01:29Tambahnya lagi, KDN menghormati pendirian Jabatan Peguam Negara bahawa persoalan berkenaan perlu diperjelaskan melalui proses kehakiman bagi memastikan setiap tindakan
01:41kerajaan mempunyai asas perundangan jelas, teratur dan sah.
01:49Keraguan dan langkah berhati-hati Jabatan Peguam Negara IGC dalam merujuk semula perintah berhubung pelaksanaan hukuman ke atas bekas Perdana
01:57Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti berasas dan wajah daripada sudut tata cara perundangan negara.
02:04Perkembangan ini disahkan susulan Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada selasa yang membatalkan sepenuhnya perintah pelepasan atas pembayaran denda atau
02:14Order of Discharge on Payment of Fine bertarikh 6 November lalu.
02:18Hakim Datuk Aslam Zainuddin kemudian menggantikannya dengan suatu perintah baharu bagi memulihkan pelaksanaan tahanan rumah dijalankan mengikut lunas undang-undang
02:28yang tepat.
02:29Menerusi perintah baharu bertarikh 10 November 2026, Mahkamah secara jelas merekodkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang telah
02:39dikurangkan itu secara tahanan di rumah beralamat di nombor 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta sehingga 23 Ogos 2028.
02:48Dokumen kehakiman itu turut sahkan bayaran denda berjumlah RM50 juta telahpun diselesaikan sepenuhnya kepada Mahkamah pada 6 November 2026 selain
03:00menetapkan pengampunan besyarat itu terbatal serta merta jika tertuduh melanggar syarat dimeterai.
03:06Proseding di Mahkamah Tinggi pada Selasa membuktikan tindakan IGC membantutkan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib sebelum ini sebenarnya berpunca daripada
03:17kecacatan instrumen perintah 6 November lalu yang berbunyi perintah pelepasan iaitu istilah perundangan yang membawa erti pembebasan mutlak daripada tahanan
03:29dan bukannya pemindahan ke tahanan rumah.
03:32Terima kasih telah menonton!

Recommended