Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Astro AWANI membawakan perkembangan terkini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di kediaman peribadinya di Langgak Duta ibu negara pada jam 9.30 malam bersama wartawan, Firdaus Azil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami menganggu siaran ini seketika. Ini perkembangan yang baru kami terima.
00:07Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediaman peribadinya di No. 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta
00:14tepat jam 9.30 malam selasa
00:17bagi memulakan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah.
00:21Kenderaan yang membawa beliau tiba dengan kawalan ketat di bawah iringan konvoy kenderaan rasmi Jabatan Penjara Malaysia
00:28serta Polis Diraja Malaysia PDRM terus dari Penjara Kajang susulan penyelesaian proses dokumentasi pelepasan pada petang tadi.
00:38Sebaik kenderaan melintasi pintu pagat utama kediaman, segelintir penyokong setia yang menunggu di pekarangan luar
00:44sejak petang mula melaungkan surakan bosku bagi menyambut ketibaan beliau.
00:50Kawalan keselamatan di sekitar laluan masuk kediaman berkenaan diperketatkan oleh pihak berkuasa
00:56sejurus ketibaan konvoy bagi memastikan kelancaran pergerakan serta mengawal situasi persekitaran
01:03yang turut dipenuhi pengamal media.
01:07Dan bagi kita mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai suasana di kediaman
01:14Datuk Seri Najib di Langgak Duta, kita terus saja bersama dengan rakan setugas
01:19Firdaus Aziel yang kini sudah pun bersedia di lokasi.
01:23Firdaus, teruskan.
01:28Terima kasih Farhan seperti yang dimaklumkan, Datuk Seri Najib tiba konvoy yang membawa beliau tiba pada jam 9.30 malam
01:35dan kalau kita dapat lihat kawalan, saya nak tunjuk sedikit bagaimana keadaan sekitar pengamal media masih berada di sini
01:41kawalan sudah pasti ketat, kita dapat lihat jadi kita tidak tahu apakah yang berlaku di sebalik sana
01:47tapi sudah pasti mungkin saya boleh kongsikan sedikit bagaimana bahawa dengan ketibaan Datuk Seri Najib di kediaman beliau
01:59maka secara rasminya, nombor 11 telah diisytiharkan secara rasmi sebagai penjara menerusi warta kerajaan
02:07Persekutuan bertarik 6 November 2026.
02:11Perisytiharan berkenaan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Salfuddin Nasir Jom Ismail
02:16menerusi kuasa khas di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 atau Akta 537
02:22yang mana kalau boleh saya nak membaca sedikit petikan menurut Seksyen 3 Akta Berkenaan
02:27Menteri diberikan kuasa melalui pemberitahuan dalam warta untuk menisytiharkan mana-mana bangunan, kawasan atau primis
02:35sebagai satu penjara bagi tujuan pemenjaraan dan penahanan banduan
02:39dan berdasarkan warta tersebut, perisytiharan meliputi keseluruhan struktur bangunan
02:44serta kawasan tanah seluas lebih 4,558 meter persegi
02:50maka keseluruhan itu diwartakan sebagai penjara
02:53Dengan adanya penggazetan rasmi ataupun pewartaan rasmi ini
02:56kediaman tersebut secara sah berstatus institusi tahanan penjara di sisi perundangan negara
03:02dan implikasinya walaupun Datuk Sri Najib tidak lagi berada di penjara kajian
03:07status beliau tetap kekal sebagai seorang banduan yang sedang menjalani hukuman
03:11dan seluruh ruang primis tersebut tertakluk kepada peraturan penjara
03:15dengan kawalan keselamatan pihak berkuasa
03:17di mana beliau dilarang keluar tanpa kebenaran khas
03:22selain sebarang lawatan tetamu dikawal ketat seperti prosedur penjara biasa
03:26sehingga 23 Ogos 2028
03:30jadi secara ini saya kira itu sahaja yang boleh kongsikan
03:33sebab pasti akan ada lagi pusat-pusat yang mungkin perlu dijawab oleh pakar perundangan
03:37tentang bagaimana proses untuk ahli keluarga
03:41ataupun orang luar yang ingin berjumpa dengan Datuk Sri Najib
03:43memanakan kawasan itu adalah berstatuskan institusi tahanan
03:47dan juga sebagai status Datuk Sri Najib sendiri
03:49jadi saya kira itu sahaja yang boleh saya kongsikan
03:52pada masa ini sebarang perkembangan sudah pasti kita akan bawa
03:55dari semasa ke semasa
03:55kembali pada Farhan

Recommended