00:00Kawasan Sungai Korok dekat Citra yang menjadi lokasi kematian enam beranak selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai itu merekodkan lapan kematian dalam tempoh lima tahun sejak 2021.
00:15Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Muhammad Razie Abdul Rahim berkata jumlah itu termasuk enam beranak yang ditemukan maut dalam kereta baru-baru ini.
00:24Menurutnya pada Disember 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam sungai berkenaan.
00:37Pada Disember 2022 pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas lalu terjunam ke dasar sungai berkenaan.
00:49Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Korok pada 2023 dan tahun lepas.
00:56Muhammad Razie berkata pada Mei lepas, sebuah kereta yang dinaiki empat pelajar sebuah universiti terhumban ke sungai itu namun kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap kanan bahagian belakang kereta.
01:09Menurut beliau, antara faktor kemalangan yang berlaku di kawasan Sungai Korok itu dipercayai berpunca akibat pemandu kenderaan hilang kawalan, tergelinci serta faktor manusia sehingga menyebabkan kenderaan terbabas ke dalam sungai.
01:23Terima kasih telah menonton!