Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Syarikat China ByteDance menafikan laporan penjualan TikTok kepada konsortium Amerika yang diketuai Oracle, sambil menegaskan rundingan bergantung kepada penyelesaian pertikaian perdagangan China-AS.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat teknologi China ByteDance menafikan laporan pihaknya bersetuju untuk menjual pegangan kawalan dalam platform media sosial TikTok kepada sebuah konsortium Amerika Syarikat diketuai syarikat Oracle.
00:13Menurut ByteDance, spekulasi serupa pernah timbul pada April lalu dan dinafikan ketika itu.
00:18Pada Januari, media Amerika melaporkan pentadbiran Presiden Donald Trump sedang berunding mengenai pengambil alihan TikTok oleh Oracle bersama sekumpulan pelabur Amerika.
00:31Susulan itu, Kementerian Luar China menyeru Amerika Syarikat menyediakan persekitaran perniagaan yang terbuka, adil, saksama dan tanpa diskriminasi kepada syarikat China yang beroperasi di negara itu.
00:44Pada pertengahan Jun lalu, Trump melanjutkan tarikh akhir permit operasi TikTok di Amerika Syarikat kepada 17 September.
00:52Ia tertakluk kepada penstrukturan semula operasinya di negara itu kepada sebuah entiti baharu dikuasai majoriti pelabur Amerika.
01:01Bagaimanapun ByteDance memberitahu White House, China tidak akan meluluskan sebarang perjanjian sehingga pertikaian perdagangan dan tarif antara kedua-dua negara diselesaikan.

Recommended